SURAT RASMI -2017

 7 Syawal  1438   ( 1 Julai 2017)

Y.A.B. Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman
MENTERI BESAR TERENGGANU
PEJABAT MENTERI BESAR TERENGGANU
TINGKAT 16, WISMA DARUL IMAN,
20502 KUALA TERENGGANU.
                                    Tel : 09-6276614 (Kaunter)
                                    Fax : 09-6233612 / 09-6237503

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
Webmaster Line  : 09 - 6231957
General Line  : 09 - 6231957
Email : webmaster@terengganu.gov.my

Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu

Lot 5116 dan 5117
(hadapan Istana Maziah),
Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: 09 626 2946 / 09 626 4946 Fax: 09 626 1946

DAN LAIN-LAIN PIHAK BERKAITAN


 
                         TERIMA KASIH DAN CADANGAN

     Buat YAB Datok dan keluarga ,selamat hari raya Aidilfitri dan semoga sihat sokmo dalam menguruskan negeri Terengganu Darul Iman.

2.          Buat pengetahuan YAB Datok,saya telah membawa anak keempat berusia 9 tahun bernama Nur As Syahirah melancong ke Terengganu selama 3 hari bermula 26 Jun 2017 lepas.

3.          Terengganu sebuah negeri yang cantik dan mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik.

4.          Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kerna tahap kebersihan negeri Terengganu amat memuaskan berbanding Kelantan.

5.          Di sini saya ingin memberikan beberapa komen,aduan dan pendapat  :

Pertama setelah saya keluar lebuh raya LPT mahu menuju Tasik Kenyir,jalan raya amat teruk,berlobang-lobang dan sempit.Saya berharap kerajaan Terengganu membaiki jalan raya secepat yang mungkin dan sebaiknya buat dua laluan pergi dan balik kerna jalan berselekoh amat berbahaya kepada kenderaan.

Saya dan anak sampai ke Tasik Kenyir namun sedihnya tandas di kawasan tersebut tiada air.Ia amat menyusahkan pengunjung.Amat memalukan tandas di tasik Kenyir di mana air tasiknya seperti laut namun tandas tiada air.

Harga bot melihat keindahan Tasik Kenyir yang dikenakan terhadap saya RM80 amatlah mahal.Diharapkan YAB Datok memantau perkara ini.

Kedua saya membawa anak ke Masjid Kristal,namun tiada bilik mandi.Anak saya mandi di dalam tandas.Sepatutnya masjid menyediakan bilik mandi.

Ketiga anak saya amat loba melihat penyu namun tiada penyu.Saya cadangkan di kawasan Taman Tamadun Islam dibina zoo penyu agar pelancong dapat melihat penyu .

Keempat kawasan pantai di Terengganu boleh dikatakan bersih namun jumlah tong sampah masih kurang.Saya cadangkan ditambah tong sampah yang dibalut plastik dan dipungut sampah setiap 4 jam dan setiap sejam pada hujung mingggu dan cuti sekolah.

Kelima saya cadangkan Terengganu mempunyai hotline 24 jam untuk pelancongan ,contohnya 09-90009000 bagi memudahkan pelancong mendapatkan maklumat,bertanya arah jalan dan sebagainya.Sebaiknya hotline mempunyai operator yang fasih banyak bahasa utama dunia seperti Inggeris,arab,mandarin dan sebagainya.Paparkan nombor telefon di sepanjang lokasi penting seperti LPT,PLUS dan sebagainya.

Keenam,perbanyakkan papan tanda jalan.Saya sendiri sesat dan terpaksa bertanya ramai orang untuk pergi ke sesebuah destinasi.

Ketujuh ,berusahalah agar semua premis makanan minuman mendapat Gred A tahap kebersihan agar menarik lebih ramai pengunjung makan-makan di Terengganu.

Kelapan saya cadangkan kerajaan membina sebuah kawasan menempatkan 100 buah gerai makan di Kuala Terengganu dan namakan “Jom makan” ,menyediakan pelbagai jenis makanan dan resepi tempatan dan antarabangsa bagi menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu.Terengganu mempunyai pelbagai makanan sedap seperti keropok lekor,nasi dagang dan sebagainya.

Kesembilan Banting dan banner yang bersepah-sepah mencacatkan pemandangan.Saya cadangkan terengganu membina papan kenyataan elektronik dan buang kesemua papan tanda lusuh,banting dan sebagainya.

Kesepuluh ,buat laman web mengenai lokasi penginapan.Contohnya :

www.hotelterengganu.com  mengandungi jenis dan kategori hotel bajet,hotel murah,chalet,homestay dan sebagainya.Masukkan kesemua nama,alamat,GPS,nombor telefon dan sebagainya dalam laman web tersebut bagi memudahkan pelancong.Bina laman web dalam pelbagai bahasa utama dunia.

Kesebelas,saya telah membeli tiket pakej melawat Taman Tamadun Islam,menaiki bot menyusuri sungai Terengganu namun hanya diberikan kupon makan percuma untuk seorang sedakan saya datang berdua .Ia menunjukkan sikap haji bakhil dan tangkai jering .Sepatutnya berikan kupon makan dua orang .

Kedua belas,saya cadangkan Terengganu menyediakan kad diskaun berharga RM10  sahaja kepada pelancong agar dapat membeli belah,tidur di hotel,makan minum  dan mendapat diskaun di lokasi terpilih.Kad diskaun tersebut boleh diedakan di susur keluar tol LPT dan pintu masuk negeri Terengganu.




Ketiga belas ,masih wujud sesetengah peniaga yang ‘cekik darah’ ,menjual T-shirt,makanan dan sebagainya dengan harga yang agak mahal.Dicadangkan kerajaan negeri memantau semua peniaga kerna sikap segelintir peniaga memburukkan nama Terengganu.Saya ada membeli anak patung penyu berharga RM5 sahaja di sebuah lokasi dan di tempat lain,harganya RM15.

Keempat belas ,Terengganu boleh menarik lebih ramai pelancong arab dengan promosi yang lebih giat lagi.Galakkan rakyat Terengganu berkomunikasi dalam bahasa arab dan ia akan menjadi negeri pertama di mana penduduknya boleh berkomunikasi dalam bahasa arab.Bahasa arab sebenarnya mudah,namun jika tiada langkah dan usaha dilakukan,jumlah pelancong arab tidak bertambah.Setiap tahun jutaan bangsa arab melancong ke Eropah dan negara lain dan membelanjakan berbilion dolar.Jika Terengganu berjaya menarik paling kurang 1 juta pelancong arab dalam setahun,ia adalah kejayaan pihak kerajaan negeri.

Kelima belas,pelbagaikan bahasa di papan tanda.Contohnya Inggeris,arab dan mandarin.Jumlah penduduk China amat ramai,dan papan tanda bertulisan mandarin akan menarik lebih ramai pelancong dari China.

Keenam belas,laman web pelancongan perlu lebih efektif.Contohnya ,perlu mempunyai paling kurang 10 bahasa utama dunia.Laman web pelancongan juga perlu memberikan pelbagai info seperti link hotel,destinasi,FB,maps dan sebagainya.

Ketujuh belas ,perbanyakkan papan tanda mengingatkan pengunjung ,contohnya kawasan selekoh berbahaya “PANDULAH SELAJU MUNGKIN SUPAYA CEPAT MATI” atau “Buanglah sampah mereta-rata kerna monyet pun suka buang sampah merata-rata”.

Papan tanda sedemikian adalah psiko dan humor.Terengganu perlukan papan tanda elektronik yang unik dan lucu.

Kelapan belas ,semua peniaga makanan ,minuman,bergerak perlu diberikan kursus kebersihan dan penjagaan makanan minuman agar makanan minuman yang dijual adalah bersih.Memang menyedihkan melihat peniaga makanan minuman tidak menutup kepala,tidak memakai apron,tidak memakai stoking kasut dan sebagainya.Kerajaan negeri perlu tegas dengan membatalkan lesen peniaga yang degil .Kebersihan amat penting.

Kesembilan belas,kesemua gerai makan dan restoran wajib memasang air filter penapis air agar membuktikan mereka menjual air yang bersih.Harga air filter tidak sampai RM1500  dan kerajaan negeri perlu mewajibkan kesemua peniaga memasangnya.

Kedua puluh ,sila baiki jalan utama Kuala Terengganu ke Kota Bharu kerna ia agak sempit,berlobang dan berbahaya.Sebaiknya bina dua lorong pergi balik seperti lebuh raya percuma AMJ di Melaka.

Ke 21 masih terdapat kaki tangan kawasan pelancongan seperti Taman Tamadun Islam,peniaga gerai makan yang tidak tahu menghormati pelancong.Mereka bermuka masam,poyo dan tidak mengucapkan selamat datang.Didik rakyat Terengganu dengan sentiasa berwajah manis,ramah dan sentiasa menghormati pelancong.

Ke 22 ,saya mengunjungi  Taman Tamadun Islam  dll namun tiada lagu raya dipasangkan sedangkan waktu ini adalah musim raya.Begitu juga lokasi lain.Seakan bukam musim raya.


6.  Buat pengetahuan YAB Datok,saya membawa anak keempat melancong 3 buah negeri iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang  dari 26 Jun 2017 sehingga 30 Jun 2017 sebagai hadiah mendapat nombor satu pada peperiksaan akhir tahun 2016.Saya motivasikan anak-anak dengan memberi hadiah melancong jika mendapat nombor satu.Anak ketiga,pernah mendapat nombor satu dan saya membawanya ke Singapura.

7.    Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk Terengganu yang peramah dan melayan saya dan anak dengan baik terutama sekali Pak Awang kampung Tok Beng yang memberi makan percuma.Ketika itu saya dan anak dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu dan jalan sesak.Saya singgah sebuah rumah secara semberono  dan meminta makanan buat anak saya berusia 9 tahun yang kelaparan dan Pak Awang memberikan makanan sedap,nasi dan sup tulang.Seorang lagi bapa pengantin yang mengadakan majlis kesyukuran perkahwinan anak di dewan Taman Tamadun Islam mempelawa saya dan anak makan sedangkan saya bukan tetamu jemputan.Makanan memang sedap dan menyelerakan.Keramahan orang Terengganu tidak dapat saya dan anak lupakan dan saya mendoakan mereka sepanjang hidup saya.

8.    Saya berharap Terengganu lebih bersih dan indah pada masa akan datang.Saya amat teruja melawat Terengganu lagi pada masa akan datang.

9.     Saya mohon maaf andainya terlanjur dan terhawau bahasa.Saya mendoakan Terengganu terus aman,makmur dan maju di bawah naungan YAB Datok.

10.    Seandainya YAB Datok dan keluarga ke Melaka,hubungilah saya agar dapat kita bersembang dan berkongsi pengalaman dan idea.Whatsapp 24 jam 010-300 5810.

11.   Buat pengetahuan YAB Datok,sejak tahun 1990,ribuan surat saya dihantar kepada YB,menteri,pegawai kerajaan,jabatan kerajaan,syarikat swasta dll  melalui pos,emel,serahan tangan dll  tidak dibalas.Mungkin mereka mendapat 99  trilion surat sehari,jadi surat-surat saya banyak yang tidak dibalas.Saya amat berharap YAB Datok sudi membalas surat saya dan paparkan surat saya di pejabat-pejabat kerajaan negeri Terengganu.Saya juga telah berkongsi perjalanan melalui blog saya


12.     Terima kasih kerna sudi membaca surat saya.

Ikhlas,





……………………………………..
(SAAT BIN SULAIMAN )




Comments

Popular posts from this blog