Posts

Showing posts from March, 2021

Akses kepada ayah atau ibu

 " “Akses” (access) merujuk kepada hak ibu atau bapa yang tidak mempunyai hak pemeliharaan dan kawalan anak untuk berjumpa dan bersama dengan anaknya. Sebagai contoh, ibu atau bapa tadi boleh diberikan akses semalaman kepada anaknya pada hujung minggu bersilangan untuk tempoh masa yang tetap, atau akses kepada anaknya pada hari cuti umum tertentu untuk tempoh masa yang tetap, atau akses kepada anaknya bagi tempoh separuh cuti sekolah pertengahan tahun dan akhir tahun. Akses juga boleh berbentuk “akses munasabah” (reasonable access) tanpa dihadkan hari dan tempoh masa, bergantung kepada persetujuan bersama ibu dan bapa anak yang berkenaan.  Perintah akses mengambil banyak bentuk bergantung pada keadaan setiap kes." Sumber :  Mr Abdul Aziz Bin Abdul Rashid Mengapa aku tidak mendapat hak akses selama belasan tahun ?  Repot polis berpuluh beratus ....... Adakah dalam undang-undang Malaysia ada istilah WARGANEGARA KEBAL ?  Tuhan,mengapa dunia ini KEJA...

Contoh kes

 Sila baca :  http://www.mahsyariahmelaka.gov.my/judgement/files/MTS/Tuntutan_Ubah_Perintah_Hak_Jagaan_Nafkah_Anak.pdf

Berbelas-belas tahun ingkar perintah MAHKAMAH ?

  Siapakah orang yang berhak menjaga kanak-kanak?   Seksyen 81, Akta [303], (1) Tertakluk kepada Seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan. (2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak daripada mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3),hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan iaitu: (a) nenek sebelah ibu hingga ke atas; (b) bapa; (c) nenek sebelah bapa hingga ke atas; (d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa; (e) kakak atau adik perempuan seibu; (f) kakak atau adik perempuan sebapa; (g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa; (h) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu; (i) anak perempuan dari kakak atau adik per...

Hadiah Projektor dan wayang pacak ?

Image
                               Sejak Nur As Shafiah bersekolah di sini : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Tun_Dr_Ismail   Aku tidak berpeluang menjenguknya sejak dia Tingkatan Satu . Sehinggalah dia berada di Tingkatan Lima,barulah aku beranikan diri melawatnya setelah mendengar Pengetua baru di situ . Pengetua lama pernah repot polis dan aku balas banyak repot polis. Sebagai penghargaan kepada SEKOLAH yang banyak mendidik anakku selama 6 tahun ,aku menghadiahkan Projektor dan Wayang Pacak kepada SEKOLAH . Alhamdulillah Shafiah dan tamat peperiksaan SPM pada Mac 2021 .Semoga keputusannya semua lulus kelak .Amin .  Sepatutnya akhir tahun 2020 peperiksaan,namun disebabkan Covid19 ,peperiksaan ditunda ke tahun depan. TERIMA KASIH STUDI ( ^_^ )    

SYUKRAN MAAHAD MUAR

Image
 Sejak Erfan bersekolah di Maahad Muar Johor dari Tingkatan Satu hingga Tiga ,guru kelas ,GPK sehinggalah kepada PENGAWAL KESELAMATAN melayan aku dengan baik apabila aku memohon bertemu anak kandung dan aku amat hargai kesemua mereka  . Aku sentiasa doakan mereka yang telah berjaya mendidik dan memberikan ilmu dan akhlak kepada anakku . TERIMA KASIH MAAHAD  MUAR!                                     https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Agama_Maahad_Muar

Tao Payoh Singapore - 2004

Image
 Aku membeli poskad  Menulis  "Anakku Erfan dan Shafiah.Ayah doakan kalian sihat walafiat" Tanda tangan . Beli stem dan campak ke tong pos . Semoga selamat sampai ..... Aku sentiasa ingati kalian di mana pun aku berada ......

2004 - Ho Chi Minh Vietnam

Image
 8 malam waktu Vietnam. Aku membeli poskad dan menulis  "Erfan,Shafiah,Ayah amat rindu kalian..." Tanda tangan . Aku membayar stem pos .Lantas ku campak ke tong pos negara Vietnam . Entah sampai entah kan tidak . Pasrah . Di mana pun aku berada,Erfan dan Shafiah tetap dalam INGATAN .......

Mac 2020

Image
 Aku berada dalam bas di luar negara  .Perjalanan lebih 250 kilometer .   Whatsapp menjerit toinyoi toinyoi Aku melihat gambar dan nombor telefon penghantar  Tahniah anakku AMIRUL ERFAN !  Ayah jangkakan 8 A tapi dapat 4 A .Ok lah !  Alhamdulillah anakku berjaya SPM  TAK SIA-SIA AKU SOLAT TAHAJUD DAN SOLAT HAJAT BERDOA SIANG MALAM

OGOS 2020

Image
 "HELLO ..BOLEH BERCAKAP DENGAN ERFAN?",AKU BERTANYA melalui telefon bimbit ku . Tiba-tiba seorang gadis menjawab  "Maaf ..Encik salah nombor..Ini bukan Erfan",katanya  "Saya gunakan nombor ni sejak bulan Mei 2020 ",tegasnya lagi . Aku termangu mendengar jawapan gadis tersebut . Pelik.Kali terakhir kami berbual pada Ramadhan lepas .Awal pagi aku call Whatsapp bertanya kesihatan dan puasanya . Tiba-tiba gadis menjawab telefon dan mendakwa bukan nombor Erfan ?Kegilaan apakah ini ???

CONTOH WRIT SAMAN - MAHKAMAH SIVIL

Image
  Sumber gambar : GOOGLE                                                        DALAM MAHKAMAH TINGGI                                                                     DI MUAR                                    ...

Maahad Muar amat nostalgia

Image
 Aku hanya tahu anakku Erfan bersekolah di sini melalui laman sesawang sapnkra ibu bapa . Aku jejakkan kaki ke situ ketika Erfan Tingkatan Satu .Dia melarikan diri . Katanya dia bencikan aku . Didikan ibunya,ayah-ayah tiri dan keturunan mereka jadikan anak bencikan ayah kandung sendiri . Apa salahku ? Namun ku gagahkan diri membawa dua orang adiknya ke sana agar adik-beradik saling kenal antara satu sama lain .    

Lagu air mata - TEMAN SEJATI

Image
 Entah kenapa,apabila lagu ini melalui corong telinga,mataku berkaca.

Mencuri gambar anak sendiri ?

Image
 Apabila Erfan sudah remaja,aku mencarinya di Facebook. Mencuri gambarnya sebagai kenangan . Aku Ayah yang malang.....mahu bertemu anak sendiri pun susah.Aku kehilangan masa berharga yang takkan dapat diulang kembali . Maafkan aku Erfan.... https://www.facebook.com/erfan.villa

Tanjong Muar 2008

Image
 Apa kan daya...aku hanya mampu menemui Erfan beberapa minit sahaja ....

Pabila aku rindu

Image
 Aku menggunakan komputer untuk membuat pelbagai gambar-gambar Erfan untuk mengubat rinduku ... Komputer buruk Windows 98 sahaja yang aku beli dengan harga RM200 .Linangan air mata membasahi pipi melihat gambar-gambar anak kesayangan....

Komputer Pertama Ayah

Image
 Erfan sempat melihat komputer pertamaku  Kali pertama dan terakhir sehinggalah komputer tersebut berakhir riwayatnya ...

Genting Highlands memori air mata

Image
 Aku bersyukur dapat bersama Amirul Erfan walaupun hanya tiga hari sahaja ketika alam kanak-kanaknya di mana dia bersama ibunya berbulan-bulan tanpa memikirkan perasaan dan kerinduan seorang ayah kandung . Inilah kenangan terakhir sehinggalah Mahkamah memutuskan hak penjagaan kepada ibunya.Maka membesarlah Erfan dengan ibu dan ayah-ayah tirinya... Erfan tidak pernah tahu kenapa aku jarang melawatnya ketika kanak-kanak.Dia tak pernah tahu apa puncanya dan aku simpan segalanya dalam hati . Biarlah air mata menjadi saksi kerinduan seorang Ayah kandung .... Kenangan ini terindah di Genting Highlands  Namun kenangan inilah banyak mengalirkan air mataku .....

Memori Erfan bersama Ayah di Fraser Hill Pahang

Image
          Fraser Hill :  https://en.wikipedia.org/wiki/Fraser%27s_Hill  http://www.fraserhill.info/  https://wikitravel.org/en/Fraser%27s_Hill      

hari Pertama AMIRUL ERFAN

Image
 Kampung Paya Panjang Bukit Pasir Muar Johor 

First birthday AMIRUL ERFAN

Image
 Taman Tanjong Minyak Melaka 

2010 DALAM kenangan

Image
 SHAFIAH ,ERFAN & SAFA 

Menunggu 8 Jun ...

Image
 Erfan dan Shafiah tidak mengetahui kisah sebenar punca PERCERAIAN aku dan ibu mereka . Mereka tidak tahu kenapa aku jarang melawat mereka. Mereka tidak tahu Pengetua sekolah repot polis supaya aku tidak boleh masuk sekolah melawat anak. Mereka tidak tahu salahlaku ibu kandung dan ayah-ayah tiri mereka . Banyak perkara mereka TIDAK TAHU  Jadi melalui mahkamah,akan akan beritahu kisah sejak tahun 2001  Jadi tunggulah 8 Jun apabila genap NUR AS SHAFIAH 18 tahun nanti . Datang dan dengar cerita aku di Mahkamah nanti Sudah belasan tahun kalian hanya mendengar cerita SEBELAH PIHAK sahaja

Rindu ?

Image
 Setiap kali tarikh 25 Januari dan 8 Jun tiba,aku amat rindu KALIAN . Aku hanya sempat menyambut ulang tahun Erfan kali pertama pada 25 Januari 2003 sahaja,manakala tidak pernah sekali pun menyambut ulang tahun kelahiran Shafiah . Gambau ni Ayah cilok dari FB Shafiah.Maafkan Ayah ......

POSKAD pertama kepada NUR AS SHAFIAH

Image
 Tahun 2006 : MAAFKAN AYAH KERANA HANYA MAMPU MENGHANTAR SEKEPING POSKAD sempena ulang tahun kelahiran ke TIGA 

FATWA MUFTI

Image
 Maafkan Ayah .... Ayah terpaksa menunggu kalian berusia 18 tahun untuk memahami apa itu FATWA .

Maafkan Ayah Shafiah

Image
 Sejak kelahiranmu pada 8 Jun 2003 ,Ayah hanya dapat peluang melaungkan azan dan iqamah di wad bersalin Hospital Muar Johor sahaja. Selepas itu Ayah tidak mendapat peluang memberikan kasih sayang dan perhatian. Maafkan Ayah ......    

2015 menggamit memori

Image
 SK SERI BUKIT BATU BAKRI MUAR JOHOR . NUR AS SHAFIAH tidak bercakap walau sepatah.Hanya mengalirkan air mata ......

2021 dalam kenangan

Image
 Selepas hampir enam tahun,aku dan Shafiah bertemu di SMK TUN DR ISMAIL BAKRI MUAR JOHOR D.T Manakala selepas 3 tahun aku bertemu Erfan di Matrikulasi Tangkak Johor D.T