Aku tak masuk campur !
Aku sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan Shafiah dan Erfan sejak mereka kanak-kanak .
Aku hanya melihat dan memerhati perkembangan mereka dan aku tidak pernah masuk campur atau memaksa
apa pun dan menerima apa sahaja bidang yang dipilih mereka .
Erfan mengatakan meminati kejuruteraan dan aku doakan dia berjaya .Shafiah ,aku masih tidak tahu apa
bidang diminatinya .Mungkin dia memilih perguruan sebagaimana ibunya atau pun memilih perniagaan
sebagaimana ayahnya.Aku doakan terbaik untuk anak-anak .
Pabila mengetahui Erfan memasuki Matrikulasi Johor ( Walaupun terlewat mengetahuinya dari Shafiah )
,aku bergembira dan seronok dia telah memasuki pintu pertama kejayaan .Jika keputusannya cemerlang,akan
berpindah pula ke universiti kelak .
Shafiah pula telah tamat menduduki SPM pada Mac 2021 dan menunggu keputusannya . Walaupun aku
sentiasa mengikuti pelajarannya sejak Tingkatan Satu ,agak kecewa dengan prestasi pelajarannya .Namun
aku doakan dia cemerlang dan lulus semua subjek SPM .LULUS SEMUA ADALAH HADIAH BAGIKU
lantaran tidak bersekolah berbulan-bulan akibat pandemik Covid19 .
Aku mengaku aku BERSALAH .Jika aku bertemunya setiap bulan sejak Tingkatan Satu dan memantau
pelajarannya,mungkin pelajaran Shafiah lebih baik .Sayang sekali mempunyai seorang abang namun tidak
cakna atau peka dengan pelajaran adik kandungnya.
Aku sentiasa sokong apa sahaja bidnag kalian pilih dan sentiasa doakan kejayaan .Maafkan aku kerna
tidak dapat bersama-sama mendidik dan meneleku pelajaran sejak tadika hinggalah sekolah menengah.Aku
hanya mampu berdoa dan berdoa .
Maafkan aku .......................

Comments
Post a Comment